Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, September 20, 2015

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 1)


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. _____________________________ 
  2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. _____________________________
  3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. _____________________________ 
  4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. _____________________________
  5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. _____________________________
  6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. _____________________________ 
  7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu. _____________________________ 
  8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari. _____________________________
  9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. _____________________________ 
  10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. _____________________________ 
  11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. _____________________________ 
  12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. _____________________________ 

Semak jawapan kalian di sini.

 

4 ulasan:

  1. sangat membantu

    BalasPadam
  2. membantu
    membantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantumembantu

    BalasPadam
  3. Sangat bagus bagi pelajar yang hendak mebuat latihan, saya syorkan semua rakan-rakan saya melayari laman sesawang ini, semoga berjaya calon-calon pt3 2017

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email