Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, September 23, 2015

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan (Bahagian 2)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Seniwati termashur itu telah meninggal dunia malam tadi. _____________________________
  2. Kerajaan akan mengawal pembelian minyak disel agar tidak berlaku penyeludupan ke negara jiran. _____________________________
  3. Serunding yang dijual di gerai itu sangat lazat. _____________________________
  4. Kakak saya suka membuat keraf kertas pada masa lapang. _____________________________
  5. Jangan mudah terpedaya oleh sekim cepat kaya. _____________________________
  6. Sessi soal jawab terpaksa dibatalkan kerana penceramah itu perlu pulang segera. _____________________________
  7. Atif dan keluarganya tinggal di kawasan pendalaman. _____________________________
  8. Egen hartanah itu merupakan abang saudara saya. _____________________________
  9. Peresmian majlis itu disempurnakan oleh pengetua sekolah saya. _____________________________
  10. Pakaiyan yang dijual di butik itu cantik-cantik belaka.
  11. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Selangor membanjiri stadiom itu. _____________________________
  12. Selain mengutamakan aspek akedemik, sebagai pelajar kita juga perlu aktif dalam sukan. _____________________________

Semak jawapan dan dapatkan latihan kesalahan ejaan yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email