Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Oktober 11, 2015

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 2)

Entri soalan di sini.

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.


Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.

  1. ibarat sirih pulang ke gagang (Peribahasa lain yang boleh di gunakan, sila rujuk di sini)
  2. pucuk dicita ulam mendatang
  3. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih


Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.

  1. tangkai jering/ketam batu
  2. kera sumbang
  3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya


Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.

  1. ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus
  2. makan gaji buta
  3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya 

2 ulasan:

  1. selamat menjawab dan selamat berjaya buat pelajar PT3.. BTW, done follow #175

    BalasPadam
  2. Doakan saya semoga mendapat keputusan yang cemerlang dlam pt3 nanti 9/10/17 ,diberikan ingatan yg kuat,kesihatan semasa menjawab peperiksaan dan doakan juga kepada kawan-kawan saya yg akan menghadapinya juga. AMIN YA ALLAH [man jadda wajada]

    DARIPADA:Pelajar PT3

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email