Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 03, 2015

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 3)

Entri soalannya di sini.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan
  2. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya.  gemar akan
  3. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.  Setengah
  4. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan. pelajar
  5. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka. Buku...tebal-tebal belaka/ Buku-buku...tebal belaka.
  6. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.  daun
  7. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. di
  8. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. dan
  9. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. sangat terang / terang-benderang
  10. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.  sangat riuh / riuh - rendah
  11. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.  terbongkok berkali-kali / terbongkok-bongkok
  12. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal. menggaru kakinya berkali-kali / menggaru-garu kakinya

2 ulasan:

  1. mohon semak soalan nombor dua......saya agak(tidak pasti) di dalam ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu kesalahan tatabahasa...dari kakak (oleh kakak)....maafkan saya jika saya salah...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Alia. Maaf kami terlepas pandang. Soalan 2 telah kami betulkan :)

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email