Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Oktober 11, 2015

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 5)


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya. memperoleh
  2. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya. menghadiahi
  3. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi. Indah nian
  4. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. Pelbagai kuih
  5. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu. memperdalam
  6. "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang," ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya. Kita
  7. "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. tuan hamba
  8. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat. dengan
  9. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk. lalu
  10.  Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan. ialah
  11. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka. Antara punca
  12. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. Beliau


Cuba buat set latihan lain di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email