Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Disember 15, 2015

Jawaban Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 6)

Jawaban Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 6)


Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
  1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata-kata ibunya itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
  2. Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bagai melepaskan batuk di tangga.
  3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya yang buruk tidak disedarinya. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
  4. Di sebalik perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal mempunyai tujuan yang tertentu. Ada udang di sebalik batu.
  5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok malahan bertambah rosak. Bagai tikus membaiki labu.
  6. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak liar, nama sekolah tersebut telah tercemar. Dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email