Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Disember 10, 2015

Kita Umpama Sehelai Daun, Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1) - Maksud Setiap Rangkap


Kita Umpama Sehelai Daun
S Mahadzir
Antologi Kuingin Berterima Kasih


Kita umpama sehelai daun
Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda unggas meriang
Di bawah redup bebayang mentari

Andai kikir jasa dan bakti
Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggar kecil tidak berkudrat

Kita umpama sehelai daun
Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup

Jadilah sehelai daun
Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja



Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini diibaratkan sehelai daun. Manusia dilahirkan , mengalami proses tumbesaran, menjadi dewasa dan seterusnya berjasa kepada kehidupan orang lain yang memerlukan bantuan. Rangkap ini menunjukkan kehidupan manusia yang saling bergantungan/memerlukan. Daun memerlukan ranting untuk bertunas. Daun yang melebar dan merimbun menjadi tempat teduh/tempat berlindung burung-burung.

Rangkap 2
Seandainya kita tidak menjadi manusia yang tahu berjasa, maka tiadalah peluang untuk insan-insan yang kesusahan untuk bergantung harap. Unggas kecil merupakan perlambangan kepada insan/golongan yang memerlukan bantuan. Usah terlalu berkira-kira dengan jasa dan bakti yang dicurahkan. Sekiranya tiada kerjasama antara manusia, golonan yang lemah akan terus teraniaya.

Rangkap 3
Proses hidup manusia laksana sehelai daun yang akhirnya akan layu dan mati. Kita diingatkan supaya tidak terlalu sombong dengan kelebihan yang dimiliki sehingga memandang enteng kepayahan hidup orang lain. Tidak wajar meminggirkan insan yang lemah/serba kekurangan (duafa = daif) yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita ibarat sehelai daun yang tidak henti menyumbang jasa baik ketika masih hidup segar mahupun setelah mati. Semasa segar, daun yang menghijau sedap dipandang, menjadi teduhan unggas. Sesudah kering dan gugur berguna sebagai baja yang menyubur bumi. Kita perlu cuba berbakti agar tindak-tanduk kita akan tetap membawa manfaat kepada orang lain walaupun kita telah meninggal dunia.



17 ulasan:

  1. Balasan
    1. golongan yang dhaif,..kurang berkemampuan

      Padam
    2. duafa tu apa?

      Padam
  2. Boleh x nak ambil sajak ni until membuat kerja rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan sebagai rujukan. Kemudian, guna ayat adik sendiri (mengikut kefahaman adik)untuk menyiapkan kerja rumah. Itu lebih baik, bukan? :)

      Padam
    2. Terima kasih����

      Padam
    3. Baca dan fahamkan setiap perenggan terlebih dahulu untuk mengenal pasti intipatinya. Kemudian guna ayat adik sendiri untuk ringkaskan :)

      Padam
  3. Wow bestnya☺

    BalasPadam
  4. Apakah kelebihan sehelai daun?

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email