Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Disember 15, 2015

Kupasan Pantun Dua Kerat (Nasihat), Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Untuk teks pantun dan maksud bagi setiap perenggan, sila ke entri ini.

Kupasan Pantun Dua Kerat (Nasihat), 
Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Tema
Nasihat mengenai keperluan memupuk sikap yang baik dan berkualiti dalam diri. Sikap dan amalan baik ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Persoalan
  1. Sikap yang terpuji seperti baik hati wajar menjadi amalan dalam masyarakat.
  2. Kerajinan dalam berusaha - sikap malas bertindak akan merugikan diri dan masyarakat.
  3. Masyarakat harus bersikap positif dan menghindari sikap terlalu merendah diri.
  4. Sikap malas bekerja harus dihindari.
  5. Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan  dan sikap tolong menolong yang merupakan amalan mulia.

 Bentuk
  1. Pantun dua kerat - bentuk terikat.
  2. Mempunyai lima rangkap.
  3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
  4. Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
  5. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
  6. Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
  7. Rima akhirnya  aa.

Gaya bahasa

Asonansi
Pengulangan vokal u
  • Buah sintang buah senikul

Pengulangan vokal a
  • Berapa jauh wujud dengan sifat
  • Sarang semut dalam gelap
  • Emas, perak, tembaga suasa

Aliterasi
Pengulangan konsonan m
  • Satu memegang satu memikul

Pengulangan konsonan t
  • Sejauh lutut dengan pelipat

Imej Alam
buah sintang, buah senikul, emas, perak, tembaga, suasa

Repitisi
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

Responsi
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.

 
 Nilai
  1. Baik hati
  2. Gigih berusaha
  3. Tolong-menolong
  4. Berfikiran positif
  5. Rajin
  6. Bekerjasama

Pengajaran
  1. Kita hendaklah menanam sifat baik hati dalam diri dan dijadikan amalan dalam kehidupan.
  2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran.
  3. Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan terlalu merendah diri.
  4. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
  5. Kita hendaklah bijak dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar apa yang dilakukan dapat siap dengan cepat.
  6. Kita hendaklah saling membantu dan bekerjasama agar kerja yang berat menjadi ringan.


5 ulasan:

  1. Terima kasih ya.... Sangat berguna :) :)

    BalasPadam
  2. Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menghina seseorang yang mempunyai kekurangan dari segi paras rupa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. i. Kita akan mengguris perasaan orang tersebut dan boleh merendahkan keyakinan dirinya.

      ii. Setiap manusia/makhluk diciptakan Tuhan dengan keunikan dan keistimewaan masing-masing.

      iii. Menghina seseorang merupakan tabiat buruk dan harus dihindari - kita tidak mahu hidup dalam kalangan masyarakat yang suka mencemuh.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email