Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Disember 10, 2015

Kupasan Syair Pohon Buluh, Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Untuk teks syair dan maksud bagi setiap perenggan, sila ke entri ini.


Kupasan Syair Pohon Buluh, Antologi Kuingin Bersuara (Tingkatan 1) 

Tema
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.

Persoalan
  1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak. Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan saksama.
  2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
  3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni.
  4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung air. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Bentuk
  1. Mempunyai empat rangkap.
  2. Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
  3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
  4.  Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
  5.  Rima akhirnya  aaaa.

Gaya Bahasa
  • Asonansi
Pengulangan vokal a
Contoh:
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera

Pengulangan vokal i
Contoh:
Ikatnya licin di luar di dalam

  • Aliterasi
Pengulangan konsonan  g
Contoh:
Menara tinggi banyak bertingkat

Pengulangan konsonan  t
Contoh:
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

  • Kata ganda - panji-panji, mata-mata
  • Imej alam - kolam,  alam
  • Inversi - banyak ada ia bersaudara
  • Simile - gelapnya di dalam seperti malam, air tak tiris seperti kolam
  • Sinkope - tak
  • Repetisi 
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Nilai
  1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup aman dan harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan. Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya.
  2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu rumpun saling bergantungan antara satu sama lain, membentuk rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling menolong antara satu sama lain.
  3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan.
  4. Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang bersemangat patriotik akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.

Pengajaran
  1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.
  2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup saling memerlukan dalam membentuk satu unit kumpulan yang kuat. 
  3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar dapat hidup dengan aman dan harmoni.
  4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup bermuafakat.

6 ulasan:

  1. Pembetulan bagi bentuk:
    Sembilan hingga TIGA belas suku kata
    Besar kecil ikat binanya - 9
    Yang ada sedia panji-panji bendera - 13
    Empat hingga ENAM perkataan
    Besar kecil ikat binanya - 4
    Ikatnya licin di dalam di luar - 6

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Qistiana. Telah kami betulkan :)

      Padam
  2. Sangat bagus dan sangat berguna...
    nota yang sangat bagus untuk para pelajar..teruskan..:)..
    terima kasih untuk nota nota tu yee..

    BalasPadam
  3. Nota ini sangat berguna:)

    BalasPadam
  4. harap harap ini yang keluar peperiksaan besok...doakan saya supaya dapat lulus ataupun gred a dalam peperiksaan besok...Amin

    BalasPadam
  5. mudah mudahan ini yang keluar peperiksaan nanti...Doakan saya cemerlang peperiksaan nanti..Amin

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email