Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Disember 12, 2015

Nota Sejarah Tahun 4 - Sejarah dan Kita (Bab 1)


Bab 1 - Sejarah dan Kita

Apa Itu Sejarah?

  • Menurut Kamus Dewan
Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.
  • Menurut pandangan tokoh:
           a)    Ibn Khaldun - Sejarah membincangkan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

          b)    Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

          c)    Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya


Dua sumber untuk mengkaji sejarah


I. Sumber pertama

a)    fosil - tinggalan haiwan atau tumbuhan dari zaman lampau
b)    manuskrip - naskhah tulisan tangan
c)    artifak - barang tinggalan yang dicipta oleh manusia pada zaman lampau
d)    batu bersurat


II. Sumber kedua

a)    buku
b)    majalah
c)    surat khabar
d)    risalah
e)    ensiklopedia


Tiga kaedah utama untuk mendapatkan maklumat sejarah

I. Kaedah lisan - Kaedah temu bual dengan individu tertentu sama ada tokoh sejarah atau orang awam.

II. Kaedah bertulis - Kajian sejarah yang dibuat berdasarkan bahan bertulis atau bercetak seperti buku, majalah dan surat khabar.

III. Kaedah arkeologi - Kajian terhadap tinggalan purba seperti artifak, fosil atau manuskrip yang belum dicetak.


Kronologi

1. Setiap peristiwa sejarah perlu dikaji mengikut urutan masa yang dinamakan sebagai kronologi.
2. Kronologi bermaksud susunan peristiwa menurut masa berlakunya peristiwa tersebut

Kronologi masa
  • Dekad - Satu dekad bersamaan dengan 10 tahun.
  • Abad - Satu abad/ kurun bersamaan dengan 100 tahun.
  • Alaf - Satu alaf bersamaan dengan 1 000 tahun
  • Era - jangka masa tertentu (yang lama dalam sejarah)
1 abad = 10 tahun
1 abad/ kurun = 100 tahun
1 alaf = 1000 tahun

3.    Konsep masa dalam sejarah juga dilihat mengikut zaman, iaitu:
I.    Zaman Sebelum Masihi(SM)  - Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
II.   Zaman Masihi(M) - Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
III.  Tahun Hijrah - Tarikh yang dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah



Tinggalan sejarah yang terdapat di Muzium Negara
  • Gendang Dongson
  • Tengkorak Homo sapien sapien
  • Manuskrip Sejarah Melayu
  • Lukisan batu di dinding Gua Niah, Sarawak
  • Pemukul kulit kayu
  • Tulang mawas
  • Tembikar
  • Tapak arkeologi


Bahan sejarah terdapat di tempat bersejarah
  • Bukit Tengkorak, Sabah
  • Gua Niah, Sarawak
  • Lembah Bujang, Kedah
  • Kota A Famosa, Melaka
  • Kota Belanda, Melaka
  • Kota Margherita, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email