Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Disember 09, 2015

Syair Pohon Buluh, Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1) - Maksud Setiap Rangkap


Syair Pohon Buluh
Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh
Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)


Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam



Rangkap 1
Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain.

Rangkap 2 
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera.

Rangkap 3
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh). Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni.

Rangkap 4
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.


Entri kupasan syair ini di sini.


Dapatkan material lain Antologi Kuingin Berterima Kasih di sini.

12 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email