Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Disember 15, 2015

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Ayat Majmuk (Bahagian 3)

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia
Ayat Majmuk (Bahagian 3) 
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah bekerja setiap hari.
    Ayah tidak bekerja pada hari Ahad.

__________________________________________________________________________. 
2. Saya mesti menyiapkan tugasan ini dengan segera.
    Tempoh akhirnya minggu ini.
__________________________________________________________________________.  


3. Marissa akan menyertai lawatan ke Pusat Kraf Tangan.
    Chew Lee akan menyertai lawatan ke Pusat Kraf Tangan.

__________________________________________________________________________. 
4. Edrus datang lewat ke sekolah.
    Kereta ayahnya rosak.
__________________________________________________________________________.  

5. Cuaca panas terik.
    Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.

__________________________________________________________________________. 
6. Jururawat itu masuk ke kelas kami.
    Jururawat itu mengedarkan borang kebenaran ibu bapa untuk pemeriksan kesihatan.
__________________________________________________________________________.  


Selamat Mencuba!

Semak jawapan dan dapatkan latihan ayat majmuk yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email