Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 16, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan (Bahagian 4)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Ikutlah rasmi padi, makin tunduk makin berisi. resmi
  2. Emak menyediakan mee goreng untuk sarapan kami sekeluarga pagi tadi. mi
  3. Cikgu Hadi merupakan Ketua Panitia matapelajaran Sejarah di sekolah saya. mata pelajaran
  4.  Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. kereta api
  5. Setiap pelajar perlu mendapatkan tanda tangan ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menyertai lawatan itu. tandatangan
  6. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung masalah kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar. lalu lintas
  7. Para pelawat diminta berkumpul di cafeteria untuk satu taklimat ringkas. kafeteria
  8. Semua pihak perlu menggembeleng tenaga dalam mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. menggembleng
  9. Campurtangan kuasa luar tidak digalakkan jika kita mahu menyelesaikan masalah ini dengan segera. Campur tangan
  10. Ramai yang tidak tahu bahawa Amir dan Amira adik beradik kembar. adik-beradik

Semak jawapan dan dapatkan latihan kesalahan ejaan yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email