Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 16, 2016

Jenis Ayat (Bahagian 1) - Ayat Penyata | Ayat Majmuk | Ayat Tanya | Ayat Perintah

Mengenal Jenis Ayat (Bahagian 1)

Bahagian 1 akan membincangkan:
  • Ayat Penyata
  • Ayat Majmuk
  • Ayat Tanya
  • Ayat Perintah

Ayat Penyata 
Ayat yang menerangkan atau menyatakan sesuatu.

Contoh:
  1. Doktor Ariff yang merawat ibu saya.
  2. Kami berasal dari Teluk Kemang. 

Ayat Majmuk
Ayat yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal, disambungkan dengan menggunakan kata hubung.

Contoh:
Ayat tunggal 1: Kakak mengelap pinggan di dapur.
Ayat tunggal 2: Ibu menggoreng ikan.

Ayat majmuk: Kakak mengelap pinggan manakala ibu menggoreng ikan di dapur.


Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya. Terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Ayat Tanya Menggunakan Kata Tanya
ii. Ayat Tanya Tanpa Menggunakan Kata Tanya


i. Ayat Tanya Menggunakan Kata Tanya
Ayat tanya yang dibentuk dengan menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, di mana dan bila. Terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Menggunakan partikel -kah. Kata tanya di hadapan ayat.
  1. Apakah makanan kegemaran kamu?
  2. Di manakah karnival itu akan berlangsung?
b. Tanpa partikel -kah. Kata tanya di akhir ayat.
  1. Makanan kegemaran kamu apa?
  2. Karnival itu akan berlangsung di mana?

ii. Ayat Tanya Tanpa Menggunakan Kata Tanya
Ayat tanya dibentuk tanpa menggunakan kata tanya.
  1. Dia sudah makan? 
  2. Awak yang membuat kuih ini?

Ayat Perintah 
Ayat perintah merupakan ayat yang menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, tolong, usah, sila, minta, harap dan jemput. Terbahagi kepada empat, iaitu:
  1. Ayat suruhan - memberi perintah atau arahan.
  2. Ayat larangan - menegah seseorang menggunakan sesuatu
  3. Ayat silaan - menjemput atau mempersilakan seseorang
  4. Ayat permintaan - meminta tolong atau membuat permintaan berkenaan sesuatu

Contoh:
  1. Tolong lengkapkan borang ini.
  2. Jangan berdiri di sini.
  3. Jemputlah datang ke rumah saya.
  4. Minta semua hadirin berdiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email