Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Januari 16, 2016

Kupasan Puisi Kita Umpama Sehelai Daun, Antologi Kuingin Berterima Kasih


Untuk teks pusi dan maksud bagi setiap perenggan, sila ke entri ini.


Kupasan Puisi Kita Umpama Sehelai Daun, Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1) 

Tema
Amalan baik dan sifat terpuji yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian manusia.

Persoalan
  1. Sikap bekerjasama antara manusia dengan manusia dan makhluk Tuhan yang lain akan mewujudkan keharmonian dan kebahagiaan.
  2. Sikap mementingkan diri akan menjejaskan/menindas/menganiaya golongan lain yang lemah.
  3. Hindari sikap angkuh/bongkak.
  4. Pentingnya menabur bakti dan berjasa semasa hidup.
  5. Belajar menghargai nikmat dan menginsafi diri sendiri.


Bentuk
  1. Bentuk bebas.
  2. Terdapat empat rangkap.
  3. Baris ayat dan rima akhir:
  • Rangkap 1 - 5 baris ayat [ababc]
  • Rangkap 2 - 4 baris ayat [abcd]
  • Rangkap 3 - 5 baris ayat [abcbd] 
  • Rangkap 4 - 3 baris ayat [abb]

Gaya Bahasa
  • Asonansi
Pengulangan vokal i
Contoh:
Ingin bernaung mencari hidup

Pengulangan vokal a
Contoh: 
Tempat bercanda unggas meriang 
Usahlah angkuh keupayaan diri
andai kikir jasa dan bakti
kita umpama sehelai daun

  • Aliterasi
Pengulangan konsonan b
Contoh:
Di bawah redup bebayang mentari

Pengulangan konsonan l
Contoh:
Lalu melebar dan merimbun

Pengulangan konsonan m
Contoh:
hijau menunas menyegar mata
  • Imej alam - unggas, daun, mentari
  • Personifikasi - bercanda unggas meriang
  • Hiperbola - dari tusukan bahang memijar
  • Simile - kita umpama sehelai daun
  • Perlambangan - jadilah sehelai daun
  • Repetisi  - kita umpama sehelai daun (pengulangan di setiap permulaan perenggan)
  • Inversi - tempat bercanda unggas meriang (sepatutnya tempat unggas bercanda meriang)


Nilai
  1. Baik hati - Manusia digalakkan membuat kebaikan sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain dalam menjalani kehidupan bersama-sama di bumi ini.
  2. Bertanggungjawab - Manusia bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada golongan/makhluk yang lemah tidak berdaya.
  3. Bekerjasama - Manusia hendaklah bekerjasama sesama manusia dan makhluk lain agar semua dapat hidup bahagia dan harmoni.
  4. Kesyukuran - Belajar menghargai dan mensyukuri setiap nikmat pemberian Tuhan.
  5. Insaf - Sentiasa belajar menginsafi diri sendiri dan tidak bersikap bongkak.


Pengajaran
  1. Kita hendaklah bersikap baik hati baik sesama manusia mahupun makhluk lain yang hidup di dunia ini.
  2. Kita haruslahsentiasa bertanggungjawab melindungi golongan/makhluk yang lemah dan tidak menindas mereka.
  3. Kita sewajarnya hidup saling bekerjasama antara satu sama lain agar kualiti hidup menjadi lebih baik.
  4. Kita hendaklah mensyukuri setiap nikmat dan pemberian Tuhan.
  5. Kita perlulah sentiasa menginsafi diri sendiri dan tidak bersikap bongkak.
  6. Kita mesti menghindari singkap angkuh dan sentiasa merendah diri.
  7. Kita hendaklah sentiasa menabur bakti sementara diberikan peluang dalam hidup ini.

2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email