Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 17, 2016

Penulisan UPSR - Karangan Autobiografi

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

  • Autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri. Berbeza dengan biografi - riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain. 
  •  Calon boleh menulis apa sahaja, sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi cara penulisannya boleh membuatkan pembaca (pemeriksa) berasa apa yang ditulis seolah-olah hidup.
  • Karangan ini perlu mengandungi ciri- ciri berikut:
a.    dilahirkan
b.    proses membesar
c.    tiba ke tangan masyarakat atau dibeli
d.    berbakti kepada masyarakat
e.    keseronokan berbakti
f.    tidak digunakan lagi
  • Cara penulisannya mengandungi ciri-ciri sebuah cerita.
  • Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/persoalan, plot, dan mesej.
  • Urutan peristiwa sebaik-baiknya boleh menimbulkan rasa ingin tahu di hati pembaca dengan mewujudkan unsur saspens.
  • Susunan plot dimulakan dengan pengenalan, perkembangan, klimaks dan peleraian.
  • Digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal.
  • Tidak semestinya berakhir dengan tragedi atau kematian.
  • Watak tidak semestinya manusia; boleh juga benda atau binatang.
  • Masukkan dialog untuk menunjukkan kemahiran berbahasa, tetapi dialog yang penting sahaja.


Rujukan Karangan Autobiografi
  1. Aku Sebuah Wau
  2. Aku Sebuah Motosikal
  3. Aku Sebuah Buku Rujukan 
  4. Aku Sebuah Kapal Terbang

Latihan dan lembaran kerja akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email