Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 17, 2016

Penulisan UPSR - Panduan Mengarang Karangan Jenis Fakta


Panduan Mengarang Karangan Jenis Fakta

  • Karangan fakta tidak mempunyai format yang khusus.
  • Karangan jenis ini meminta murid memberikan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap sesuatu tajuk.
  • Sebelum menulis, fahami kehendak soalan kerana karangan jenis ini  memerlukan fakta yang bersesuaian dengan isu yang diperkatakan.
  • Karangan perlu ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tepat elakkan penggunaan bahasa yang berbunga – bunga. Walau bagaimanapun, penggunaan peribahasa atau kata – kata hikmat yang sesuai dan berkaitan dengan perkara yang diperkatakan adalah digalakkan.
  • Setiap isi perlu diketengahkan dengan jelas dan jitu.
  • Setiap perenggan memerlukan isi yang berlainan dan murid perlu menghuraikan isi terlebih dahulu, barulah disusuli huraian yang berbentuk contoh dan kesan. Setiap ayat perlu ada kaitan seperti contoh di bawah.

      Salah satu kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah kita boleh membentuk sifat kepimpinan dalam diri. [Contoh] Contohnya, kita akan berpeluang menyandang jawatan dan mengetuai kumpulan atau pasukan. [Kesan] Kesempatan ini akan melatih kita untuk belajar menyediakan diri menjadi pemimpin pada hari muka.

  • Huraian isi serta contoh perlu dinyatakan bagi menyokong isi utama dalam karangan.
  • Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan idea dalam karangan.


Rujukan: Kerangka Karangan Fakta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email