Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 11, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan (Bahagian 6)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Elakkan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi demi tahap kesihatan yang lebih baik. berkolesterol
  2. Jackson membaca kandungan emel itu berkali-kali sebelum membuat keputusan yang dirasakan sesuai. e-mel
  3. Hasil kraftangan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. kraf tangan
  4. Kampung saya dilanda banjir kerana air dari ampangan melimpah. empangan
  5. Baju-baju itu perlu disidai semula di ampaian kerana masih lembab. lembap
  6. Lauk gulai taugeh yang dimasak oleh Mak Cik Salbiah sangat lazat. tauge
  7. Peninju muda dari Sabah berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan itu. Petinju
  8. Reban ayam itu baru dibena oleh datuk beberapa hari yang lalu. dibina
  9. Gerai paling hujung menjual murtabak daging dan ayam. martabak
  10. Hidangan belot masak berlada merupakan antara hidangan  unik yang dijual di restoran itu. belut

Dapatkan latihan kesalahan ejaan yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email