Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 11, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan (Bahagian 5)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
  1. Pasaraya yang baru dibuka itu sedang mengadakan jualan pembukaan. Pasar raya
  2. Kanak-kanak itu sedang dirawat di hospital kerana mengidap penyakit leukimia. menghidap
  3. Semua urusan jual-beli di sekitar masjid itu perlu dihentikan buat sementara waktu demi menghormati waktu solat. jual beli
  4. Pak Mat membuat beberapa batas baru di kebunnya untuk menanam kobis. kubis
  5. Firman tidak ke sekolah hari ini kerana diserang demam selsema. selesema
  6. Illustrasi menarik itu dilukis oleh seorang kartunis muda yang berbakat. Ilustrasi
  7. Merida sedang menyediakan puding kastad kegemaran ibunya. kastard
  8. Encik Mujahid sedang meneliti pelan insuran yang sesuai buat ahli keluarganya. insurans
  9. Baucer buku itu boleh digunakan di semua kedai-kedai buku utama. Baucar
  10. Syamil membeli dua puluh cocok sate daging di medan selera itu. cucuk


Dapatkan latihan kesalahan ejaan yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email