Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 11, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Ayat Majmuk (Bahagian 2)


Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia
Ayat Majmuk (Bahagian 2)

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Kami baru mendapat berita.
    Charles telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jawapan: Kami baru mendapat berita bahawa Charles telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.



2. Banglo-banglo mewah di kawasan itu kurang elok binaannya.
    Harga banglo-banglo mewah di kawasan itu sangat mahal.

Jawapan: Harga banglo-banglo mewah di kawasan itu sangat mahal walaupun kurang elok binaannya.


3. Pemuda yang berjaket hitam itu bakal suami kepada kakak saya.
    Pemuda yang berseluar biru gelap itu bakal suami kepada kakak saya.

Jawapan: Pemuda yang berjaket hitam dan berseluar biru gelap itu bakal suami kepada kakak saya.


4. Semua pelajar Tingkatan 3 Cemerlang berkumpul di dewan sekolah.
    Marsha tidak berkumpul di dewan sekolah.

Jawapan: Semua pelajar Tingkatan 3 Cemerlang berkumpul di dewan sekolah kecuali Marsha.


5. Akmal didenda oleh guru disiplin.
    Akmal menghisap rokok di belakang kantin.

Jawapan: Akmal didenda oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin.


6. Jalan raya itu licin-licau.
    Hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi.

Jawapan: Jalan raya itu licin-licau kerana hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi.


Semak jawapan dan dapatkan latihan ayat majmuk yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email