Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Februari 14, 2016

Kupasan Pantun Nasihat (Bersatu Hati), Antologi Harga Sebuah Lukisan

Kupasan Pantun Nasihat (Bersatu Hati), Antologi Harga Sebuah Lukisan

Rujuk teks dan maksud setiap rangkap di sini.


TEMA
Nasihat berguna sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


PERSOALAN
  • Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan. Hal ini amat penting kerana dengan adanya muafakat kerja yang sukar akan menjadi mudah.
Contoh:
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

  • Kepentingan menjaga maruah diri. Nasihat ini sebagai panduan kepada setiap gadis supaya menjaga maruah diri kerana maruah diri sesuatu yang amat berharga.
Contoh:
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

  • Amalan bertutur kata dengan sopan. Hal ini amat penting kepada setiap insan kerana ketelanjuran kata-kata akan menyebabkan diri sendiri menerima padahnya.
Contoh:
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

  • Adab dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang dituntut perlulah secara berguru agar kesahihan ilmu tersebut dapat dipastikan.
Contoh:
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.


BENTUK
  • Bentuk terikat.
  • Mempunyai 6 rangkap.
  • Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
  • Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.
  • Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.
  • Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
  • Rima akhir abab.


GAYA BAHASA
  • Asonansi (Pengulangan vokal 'u') - Nyiur muda dibuat pengat 
  • Asonansi (Pengulangan vokal 'a') - Sungai Pahang sama direnang | Hendaklah banyak menghadap guru
  • Aliterasi (Pengulangan konsonan 'g') - Sungai Pahang sama direnang
  • Aliterasi (Pengulangan konsonan 'm') - Menanam bunga di dalam pasu 
  • Peribahasa - kerana mulut badan binasa 
  • Repitisi - bunga melati bunga pandan  
  • Imej alam - nyiur muda, pohon ara, bunga melati


NILAI
  • Bekerjasama. Sesuatu kerja yang sukar pasti akan menjadi lebih mudah dan cepat disiapkan sekiranyanya masyarakat saling bekerjasama.
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

  • Kebijaksanaan. Seseorang itu perlu bijak menjaga diri supaya tidak terjebak dalam perkara buruk yang boleh merosakkan diri sendiri.
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

  • Berbudi pekerti. Setiap manusia seharusnya bergaul dengan menjaga tertib dan pertuturan supaya tidak akan menerima akibat dek kerana terlanjur kata-kata atau tindakan.
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.


PENGAJARAN
  • Kita perlulah saling bekerjasama tatkala melakukan sesuatu pekerjaan/tugas yang sukar agar pekerjaan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik malah dapat disiapkan dengan cepat
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

  • Kita hendaklah berfikir secara bijaksana sebelum melakukan sesuatu kerana kesilapan dalam bertindak boleh memberi kesan buruk kepada diri sendiri.
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

  • Kita sewajarnya menjaga budi pekerti dan pertuturan dalam pergaulan sehari-hari kerana keterlanjuran tindakan atau kata-kata akan menyebabkan diri menerima kesannya.
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email