Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Februari 04, 2016

Pantun Alam Remaja, Antologi Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Maksud Setiap Rangkap

Pantun Alam Remaja 
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)

Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.


Puisi Melayu Tradisi,
Disunting oleh Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh
Penerbit Fajar Bakti, 1996.


Rangkap 1
Kegembiraan penulis (anak) tatkala melihat kepulangan ibunya.

Rangkap 2
Sebaik sahaja melihat ibu pulang dan berada di depan mata, kerisauan atau kerunsingan penulis hilang/tiada lagi.

Rangkap 3
Penulis berasa sangat seronok dan gembira apabila ibunya pulang awal ke rumah.

Rangkap 4
Penulis dan adik-beradik spontan menyanyi menzahirkan kegembiraan menyambut kepulangan ibu mereka.

Rangkap 5
Penulis dan adik-beradik berasa riang apabila melihat ibu dan ayah mereka pulang serentak.

Rangkap 6
Penulis dan adik-beradik gembira kerana dibelikan baju dan seluar sebagai hadiah oleh ibu dan ayah.

Rangkap 7
Penulis berharap agar pembaca tidak marah akan dirinya. Penulis dan adik-beradik suka berpantun apatah lagi mereka masih kecil dan suka bermanja.


Kosa Kata:
  • kinantan - putih seluruh tubuh (ayam)
  • kumpai - sejenis tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai rumput tapak itik/rumput sumbu
  • lapun - sejenis jerat atau perangkap

6 ulasan:

  1. Nice... Not bad at all

    BalasPadam
  2. hi............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................I NEED SINOPSIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  3. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu...nota ini boleh membantu saya membuat kerja rumah.....Thank you very much

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email