Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Februari 14, 2016

Pantun Nasihat (Bersatu Hati) - Teks dan Maksud Setiap Rangkap

Pantun Nasihat (Bersatu Hati) 

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari,
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa,
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat,
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur tepi telaga,
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.


Maksud Pantun
  • Rangkap 1 - Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama.
  • Rangkap 2 - Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri.
  • Rangkap 3 - Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri.
  • Rangkap 4 - Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana keterlanjuran kata akan memberi padah kepada diri sendiri.
  • Rangkap 5  - Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.
  • Rangkap 6 - Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email