Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Februari 14, 2016

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 9)

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 9)

Nyatakan maksud peribahasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah.

  1. Kamil seorang pengawas sekolah yang berdedikasi. Dia tidak mahu lepas tangan terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. 
  2. Persahabatan Munif dan Ammar amat rapat ibarat isi dengan kuku sejak mereka di bangku sekolah lagi.
  3. Keisha umpama layang-layang putus tali selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya.
  4. Pasangan mempelai yang diraikan itu bagai pinang dibelah dua kerana kedua-duanya sungguh sepadan.
  5. Oleh sebab ringan tulang, Pak Hamid senang mendapat rezeki dan mampu menyara keluarganya.
  6. Firash bersengkang mata sebelum peperiksaan kerana dia mahu mendapat keputusan yang cemerlang.
  7. Adik tidak duduk diam dan asyik berlari ke sana sini ibarat kera kena belacan sewaktu melawat pusat kraf tangan itu.
  8. Gadis itu dipilih sebagai Ratu Malaysia kerana rupa parasnya yang cantik bagai bidadari.
  9. Walaupun pekerjaan yang dilakukannya susah, Pak Ahmad tetap mahu menyelesaikannya kerana baginya alang-alang mandi biar basah.
  10. Kelakuan Lily bagai rusa masuk kampung kerana itulah pertama kali dia melancong ke luar negara.

Selamat Mencuba!
Semak jawapan dan dapatkan latihan peribahasa yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email