Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Mac 16, 2016

Kuingin Berterima Kasih - Ihsan Noorzali, Antologi Kuingin Berterima Kasih - Maksud Setiap Rangkap

Kuingin Berterima Kasih - Ihsan Noorzali
Antologi Kuingin Berterima Kasih

Rangkap 1
Penulis  menyarankan pembaca agar berterima kasih kepada hujan yang turun sebagi rahmat kepada manusia, yang juga dapat meredakan dan memadamkan kemarahan.
 
Rangkap 2
Penulis turut berterima kasih kepada tanah yang telah banyak berbudi kepada manusia. Tanah yang subur membolehkan pelbagai tanaman ditanam, menjadi sumber rezeki kepada para petani.

Rangkap 3
Penulis ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada ikan-ikan di laut yang menjadi sumber rezeki kepada nelayan khususnya nelayan tua.

Rangkap 4
Penulis melahirkan rasa kagum akan pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara yang tercinta.
 
Rangkap 5
Penulis ingin menjadi ibarat bunga yang sentiasa mengeluarkan bau harum sepanjang masa. Keharuman bunga dapat membantu melegakan keresahan mangsa-mangsa peperangan.
 
Rangkap 6
Penulis menyeru manusia agar mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang bermanfaat. Penulis turut mengingatkan bahawa dalam kehidupan ini, semua makhluk saling memerlukan antara satu sama lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email