Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Mac 16, 2016

Kuingin Berterima Kasih - Ihsan Noorzali, Antologi Kuingin Berterima Kasih - Kupasan

Kuingin Berterima Kasih - Ihsan Noorzali
Antologi Kuingin Berterima Kasih
TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan.

PERSOALAN
  • Kepentingan hujan kepada manusia.
  • Kepentingan tanah kepada petani.
  • Kepentingan sumber dan hasil laut kepada nelayan.
  • Kepentingan menghargai jasa pejuang negara yang sanggup berkorban untuk negara.
  • Kesetiaan dan kesediaan berbakti kepada tanah air.
  • Kesan peperangan kepada manusia.
  • Kesyukuran atas nikmat kurniaan Tuhan.
  • Semua makhluk yang hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. 
BENTUK
  • Sajak ini berbentuk bebas.
  • Terdapat enam rangkap.
  • Baris-baris ayat dan rima akhir:
Rangkap 1 - empat baris ayat, rima akhir abcd
Rangkap 2 - empat baris ayat, rima akhir abca
Rangkap 3 - lima baris ayat, rima akhir abccc
Rangkap 4 - lima baris ayat, rima akhir abcbb
Rangkap 5 - lima baris ayat, rima akhir abcbd
Rangkap 6 - tiga baris ayat, rima akhir abc

GAYA BAHASA

Asonansi
Pengulangan vokal e.
Sesekali kuingin berterima kasih.
Pengulangan vokal i.
Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Aliterasi
Pengulangan konsonan k.
Sesekali kuingin kalungkan kagum.
Pengulangan konsonan n.
Sesekali kuingin pula menjadi bunga

Sinkope
ku, mu
Sesekali kuingin berbisik kepadamu

Simile
hujan bagai tetamu

Repitisi
Pengulangan frasa sesekali kuingin
Pengulangan kata kepadamu
Responsi
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam
liar di belantara samudera
nelayan tua di pondoknya
 
Hiperbola
api marah pun terpadam
Metafora
darah kesetiaan
taman-taman keresahan
keangkuhan perang
api amarah
belantara samudera
Personifikasi
ikan-ikan yang riang
kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
Imej Alam
ikan-ikan, samudera, hujan, api, tanah, belantara


 Nilai Murni
  1. berterima kasih
  2. bersyukur
  3. mengenang budi
  4. berkhidmat dan berbakti kepada negara
  5. pengorbanan
  6. ketabahan
  7. semangat patriotisme, cinta akan negara
  8. penghargaan
Pengajaran
  1. Kita mestilah berterima kasih atas nikmat kurniaan Tuhan.
  2. Kita seharusnya bersyukur atas setiap kurniaan Tuhan.
  3. Kita sewajarnya mengenang budi tanah terhadap manusia.
  4. Kita mestilah berkhidmat dan berbakti kepada negara dengan menjaga dan mempertahankannya.
  5. Kita sepatutnya sedia berkorban demi keamanan negara.
  6. Kita seharusnya tabah menghadapi kemiskinan hidup.
  7. Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan negara.
  8. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang bangsa yang telah berkorban untuk negara.

Dapatkan material lain Antologi Kuingin Berterima Kasih di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email