Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Mac 05, 2016

Oren - Saifullizan Yahaya, Antologi Kuingin Berterima Kasih - Sinopsis

Oren - Saifullizan Yahaya
Antologi Kuingin Berterima Kasih


Sinopsis

        Cerpen mengisahkan tentang kegusaran ayah dengan kehilangan Oren. Sudah seminggu lamanya Oren hilang. Ayah risau sehingga hilang selera makan. Apatah lagi pada bulan Disember, cuaca hujan dengan guruh dan angin yang tidak menentu. Entah bagaimana pula keadaan Oren nanti. Ayah menyesali sikapnya yang telah pilih kasih antara Oren dan Kelabu, kucing yang dipungut sewaktu ayah pulang dari kerja. Sejak itu, ayah memberikan lebih perhatian kepada Kelabu dan kurang mempedulikan Oren.

        Ayah mengimbas kembali pada saat dia membawa seekor anak kucing pulang ke rumah. Anis begitu gembira apabila ayah membawa pulang anak kucing yang dinamakan Oren. Sikap ayah menjadikan ibu berasa hairan kerana selama ini meskipun Azura dan Anis beria-ia mahu menjaga kucing, ayah tidak membenarkannya. Rupa-rupanya, ayah bersimpati terhadap Oren kerana tanpa sengaja ayah telah melanggar ibu Oren sehingga mati. Ayah berniat baik apabila membawa Kelabu pulang sebagai teman Oren bermain. Namun, Kelabu yang pandai mengambil hati ayah telah menyebabkan Oren mengalah dan membawa diri.

       Pada suatu malam, ayah bermimpi Oren pulang ke rumah lalu ayah membawanya ke dapur. Dia memberi Oren susu. Namun, Oren hanya membiarkan susu itu. Oren memandangnya dan ayah mencium Oren. Tatkala mata mereka bertemu, ayah dapat merasakan kesayuan dan pada masa yang sama kehairanan melihat kemanjaan Oren.

        Pada waktu pagi, ayah keluar dari bilik dan bertanya tentang Oren. Tiba-tiba, Anis muncul di ruang dapur. Dia membawa Oren dan memberitahu bahawa dia menjumpai Oren di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Malangnya, Oren telah mati. Ayah dan ahli keluarga yang lain berasa sangat sedih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email