Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Mac 16, 2016

Oren - Saifullizan Yahaya, Antologi Kuingin Berterima Kasih - Kupasan (Bahagian 1)

Oren
Saifullizan Yahaya
Antologi Kuingin Berterima Kasih 


Dapatkan sinopsisnya di sini.


TEMA
Kasih sayang manusia terhadap haiwan peliharaan.

PERSOALAN
  • Perasaan belas kasihan dan simpati terhadap kucing.
  • Sikap prihatin dan memahami kehendak/keinginan anak-anak
  • Keinsafan diri setelah melakukan kesilapan terhadap kucing
  • Bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat.


PLOT

Permulaan
Oren, kucing kesayangan ayah sudah seminggu hilang. Ayah berasa bimbang kerana keadaan cuaca yang hampir setiap malam hujan diiringi dengan guruh dan angin. Kerisauan ayah terhadap keadaan Oren sangat ketara sehingga dia tidak berselera untuk makan. Ibu melarang  kami memberikan pandangan terhadap kehilangan Oren. Namun, kami beranggapan bahawa Oren iri hati terhadap Kelabu yang pandai menarik perhatian ayah dengan menunjukkan kejinakannya berbanding Oren.

Perkembangan
Ayah mengingat kembali tentnag Oren. Pada suatu petang, ayah pulang agak lewat. Dalam perjalanan, ayah telah terlanggar seekor ibu kucing. Hatinya tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang mati itu. Ayah mengambil anak kucing itu lalu membawanya pulang. Sejak itu, seluruh keluarga memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Oren. Kemudian, ayah membawa pulang Kelabu supaya Oren ada teman bermain. Ayah terjumpa Kelabu ketika ayah pulang dari kerja.  Segala-galanya berubah setelah itu. Kelabu lebih pandai mengambil hati ayah dengan keletahnya berbanding Oren. Maka, perhatian ayah lebih terarah kepada Kelabu.

Puncak
Ayah mendengar suara Oren di luar pintu. Ayah mengambil Oren dan memeluknya. Ayah berasa hairan apabila melihat bulu Oren bersih, rapi dan terjaga. Ayah memberi Oren susu tetapi Oren hanya membiarkannya. Oren menggeselkan badannya di kaki ayah. Ayah mendukung Oren dan Oren memandangayah dengan sayu. Pagi keesokannya, ayah menceritakan dia bermimpi Oren pulang ke rumah semalam.

Peleraian
Anis muncul di ruang dapur. Kami berasa terperanjat apabila di tangannya ada Oren. Malangnya, Oren yang didukung oleh Anis telah mati. Anis memberitahu bahawa dia menjumpai Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan. Ayah menangisi kematian Oren.


TEKNIK PLOT

Pemerian
Pengarang memerihalkan keadaan ayah yang melanggar ibu Oren.

Dialog
Perbualan antara ayah dengan Anis.
Cepat-cepat anak bongsunya ...sambil bertanya, "Apakah namanya?"
Dengan spontan dia menjawab, "Oren".

Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

Monolog
Ayah yang bercakap, bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.

Monolog Dalaman
Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

Imbas Kembali
"Aku" mengimbas kembali kisah ayah mengambil Kelabu.
Apabila melihat kelabu, aku terimbas kembali...pulang dari tempat kerja.

Imbas Muka
Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah.
...hampir semalaman Oren bersama-sama dengan ayah di ruang tamu.

Kejutan
Ayah terdengar suara Oren mengiau-ngiau di luar pintu rumah.
Tiba-tiba dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar pintu rumah. Dia lantas bangun...kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang sayu.

Saspens
Anis muncul di ruang dapur dengan membawa sesuatu di tangan.
Kami semya terperanjat kerana di tangannya ialah Oren ...pada saat itu Oren sudah tidak bernyawa lagi.

Konflik
Aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah...sehingga Oren tidak pulang ke rumah.


GAYA BAHASA

Simile
  • seperti ada yang membersihkannya.
  • Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam.

Personifikasi
  • setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
  •  Oren cemburu akan kehadiran Kelabu

Sinkof
  • tika 

Hiperbola
  • ...mata ayah mula berkaca.

Peribahasa
  • sikap pilih kasihnya 



*Kupasan Bahagian 2 akan diterbitkan kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email