Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Mac 05, 2016

Peribahasa UPSR - Latihan 3

Tulis perumpamaan yang paling sesuai dengan penyataan di bawah.

  1. Penduduk Kampung Setia hidup dengan aman dan harmoni kerana mereka sering bantu-membantu. _______________________________________
  2. Munif tidak tahu tentang berita dan peristiwa semasa yang berlaku kerana sikapnya yang suka berkurung di dalam rumah. _______________________________________
  3. Mujahid yang sedang berkhayal terpinga-pinga apabila disuruh oleh guru kelas untuk menyelesaikan soalan Matematik di papan hitam. _______________________________________
  4. Mak Ros kesal dengan sikap anaknya yang tidak mengenang budi bapa saudaranya setelah menjadi seorang usahawan yang berjaya. _______________________________________
  5. Amira kelihatan gelisah sejak tadi kerana bimbang Syahirah akan membocorkan rahsianya. _______________________________________
  6. Kita akan dipandang rendah oleh orang lain jika kita tidak mempunyai harta atau kuasa. _______________________________________
  7. Puan Narimah menegur pembantunya yang hanya akan membuat kerja jika diarahkan untuk berbuat demikian. _______________________________________
  8. Encik Imran berpuas hati dengan kepantasan pembantu rumahnya yang pantas dan cekap membuat pelbagai kerja rumah. _______________________________________
  9. Yana dan Yani pasti akan bertengkar sesama sendiri setiap kali berjumpa. _______________________________________
  10. Pasangan mempelai yang diraikan kelihatan berseri-seri di atas pelamin kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan. _______________________________________
  11. Jez langsung tidak mengendahkan nasihat emaknya yang melarangnya daripada bergaul degan budak-budak yang nakal. _______________________________________
  12. Perasaan Pak Harun remuk-redam sebaik sahaja mendengar kata-kata biadap anak tunggal kesayangannya. _______________________________________

Dapatkan jawapan dan cuba latihan lain di sini.


1 ulasan:

  1. madinah bujang19 Mei 2016 10:26 PTG

    perbanyakkan lagi contoh soalan ..terima kasih atas perkongsian anda

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email