Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, April 26, 2016

Nota Sains Tingkatan 3 Bab 5 - Pertumbuhan


Nota Sains Tingkatan 3
Bab 5 - Pertumbuhan

*Halaman pertama nota

Corak/Pola Pertumbuhan Manusia

1.    Pertumbuhan ialah penambahan dalam saiz badan, perubahan dalam bentuk badan dan fungsi sesuatu organisma.
2.    Pertumbuhan adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma hidup.
3.    Manusia bukan sahaja bertumbuh secara fizikal tetapi secara:
a)    mental
b)    sosial
c)    rohani
4.    Proses pertumbuhan adalah melibatkan:
a)    Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.
b)    Perubahan penampilan / rupa organisma.
c)    Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
d)    Pembangunan fungsi organ organisma.

Pertumbuhan Manusia
1.    Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui:
a)    Ketinggian badan
b)    Berat badan
2.    Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi
  • bentuk
  • saiz
  • rupa

3.    Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia:
a)    Peringkat awal (infancy)
b)    Zaman kanak-kanak (childhood)
c)    Remaja (adolescence)
d)    Dewasa (adulthood)
e)    Usia tua (old age)

Dapatkan nota penuh berformat pdf di sini dan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email