Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Mei 17, 2016

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa Bahagian 7 dan Bahagian 8

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa Bahagian 7 dan Bahagian 8

Bahagian 7 (Rujuk dan muat turun soalan di sini.)
  1. kalian - awak/kamu
  2. terkedip-kedip beberapa kali - terkedip-kedip/ terkedip beberapa kali
  3. polis kadet sekolah - kadet polis sekolah
  4. kedua buah syarikat - kedua-dua buah syarikat
  5. telah Nina gosok - digosok oleh Nina
  6. dedaun-dedaun kering - dedaun kering
  7.  membincangkan tentang - membincangkan
  8. barang-barang di situ mahal-mahal belaka - barang di situ mahal belaka/barang-barang di situ mahal belaka


Bahagian 8 (Rujuk dan muat turun soalan di sini.)
  1. cintakan negara - cinta akan negara
  2. adalah - ialah
  3. paling tercantik - paling cantik/tercantik
  4. saling hormat menghormati - saling menghormati/hormat-menghormati
  5. kita - saya
  6. terkenyit-kenyit - terkedip-kedip
  7. mini telekung - telekung mini
  8. demi untuk - demi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email