Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Mei 07, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Ayat Majmuk (Bahagian 4)

Latihan Ayat Majmuk (Bahagian 4)

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.


1. Laila membuka pintu menggunakan sebatang kunci.
    Laila masuk ke dalam rumah.

    Lalila membuka pintu menggunakan sebatang kunci lalu masuk ke dalam rumah.


2. Emak menyapu lantai di dapur.
    Ayah menonton televisyen di ruang tamu.

    Emak menyapu lantai di dapur manakala ayah menonton televisyen di ruang tamu.


3. Murad membersihkan papan hitam.
    Murad menyusun meja di dalam kelas.

    Murad membersihkan papan hitam dan menyusun meja di dalam kelas.


4. Jurugambar mengambil gambar.
    Kumpulan tarian itu membuat persembahan.

    Jurugambar mengambil gambar ketika/semasa kumpulan tarian itu membuat persembahan.


5. Penjual daging menimbang beberapa ketul daging batang pinang.
    Seorang pelanggan wanita mahu membeli daging tersebut.

    Penjual daging menimbang beberapa ketul daging batang pinang yang mahu dibeli oleh seorang pelanggan wanita.


6. Emak melarang adik mandi di sungai itu.
    Air di sungai itu deras.

    Emak melarang adik mandi di sungai yang deras itu. atau
    Emak melarang adik mandi di sungai itu kerana airnya deras.


7. Abang membasuh kereta ayah.
    Kereta ayah diparkir di hadapan rumah.

    Abang membasuh kereta ayah yang diparkir di hadapan rumah.


8. Haikal menonton televisyen.
    Haikal makan keropok ikan yang digoreng oleh ibu.

    Haikal menonton televisyen sambil makan keropok yang digoreng oleh ibu.


Semak jawapan dan dapatkan latihan ayat majmuk yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email