Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Mei 09, 2016

Soalan Latihan Sajak Orang Tua

Soalan Latihan Sajak Orang Tua

Antologi Harga Sebuah Lukisan
Tingkatan 3, PT3 2016


Dapatkan teks dan maksud pantun di sini.
Entri kupasan pantun ini di sini


  1. Berdasarkan sajak, nyatakan kepentingan sikap prihatin?
  2. Nyatakan maksud sajak bagi rangkap yang ketiga.
  3. Sesebuah sajak dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik. Berdasarkan pantun tersebut, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai.
  4. Nyatakan tiga situasi yang menggambarkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
  5. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak berkenaan?
  6. Apakah kesan yang dialami oleh anak yang membiarkan ibu atau bapa mereka merempat hingga menyebabkan kematian?
  7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membalas jasa ibu bapa?
  8. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menyayangi dan menjaga ibu bapa kita hingga akhir hayat mereka?
  9. Pada pendapat anda, mengapakah seorang anak perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapanya?

Entri lain KOMSAS Tingkatan 3 PT3 2016 di sini.

 

2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email