Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Mei 08, 2016

Ulang Kaji PT3 - Peribahasa (Bahagian 12)


Ulang Kaji PT3 - Peribahasa (Bahagian 12)

Tulis peribahasa yang sesuai untuk setiap ayat di bawah.

  1. Belakangan ini, pelbagai produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang muncul di pasaran.
  2. Arman makan dengan gelojoh sekali tanpa memikirkan orang lain di sekitarnya.
  3. Walaupun ditangkap ketika sedang mencuri, lelaki itu tetap menafikan tindakannya.
  4. Nasihat wanita itu tidak memberi sebarang kesan kepada anaknya yang degil.
  5. Tiga beradik itu hilang tempat bergantung setelah ibu bapa mereka terkorban dalam satu kemalangan ngeri.
  6. Perangai dan perwatakan Ariff saling tidak tumpah seperti ayahnya.
  7. Myra terlalu merindui kekasihnya yang berkursus di luar negara selama setahun.
  8. Meskipun selalu berselisih faham, Tiara dan adiknya tetap akan berbaik semula.
  9. Amira rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah walaupun tanpa disuruh.
  10. Salim sering ditegur oleh ibunya kerana selalu tidak menyudahkan kerja yang dilakukan.

Semak jawapan dan dapatkan latihan peribahasa yang lain di sini dan di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email