Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Mei 08, 2016

Ulasan PT3 Latihan 01 Kelebihan Tinggal di Bandar

Ulasan PT3 Latihan 01 - Kelebihan Tinggal di Bandar


_____________________________________________________________

KELEBIHAN TINGGAL DI BANDAR 
  • Kemudahan dari segi pengangkutan.
  • Banyak tempat membeli-belah
  • Banyak tempat percutian dan riadah.
  • Banyak peluang pekerjaan.
_____________________________________________________________ 


Cadangan Isi-isi
  • tinggal di bandar mempunyai banyak kelebihan berbanding di luar bandar.
  • kemudahan dari segi pengangkutan - Sistem Transit Aliran Ringan , komuter, monorel - darjah ketersampaian tinggi  
  • pusat beli-belah - lebih banyak pilihan - mudah dapatkan barang-barang keperluan
  • pelbagai tempat percutian dan riadah - taman tema air, taman rekreasi - destinasi percutian keluarga 
  • menawarkan banyak peluang pekerjaan - mencari rezeki - pendapatan untuk menyara hidup
  • hidup lebih mudah, lebih selesa di bandar

Dapatkan latihan ulasan yang lain di sini.

2 ulasan:

  1. Pada zaman ini, tinggal di bandar mempunyai banyak kelebihan berbanding di luar bandar. Kemudahan pengangkutan lebih banyak di bandar seperti komuter, kereta, LRT dan sebagainya. Selain itu,tinggal di bandar ada banyak tempat untuk membeli-belah seperti Mydin, Subang Parade dan sebagainya untuk mendapat barangan yang diperlukan. Di bandar juga terdapat banyak tempat percutian dan riadah seperti pesta ria, taman tema air, taman rekriasi dan sebagainya. Di bandar, kita ada banyak peluang untuk mendapatkan pekerjaan berbanding di luar babdar. Kita boleh mencari rezeki untuk bekerja dan pendapatan untuk menyara hidup di bandar. Kesimpulannya, hidup di bandar lebih mudah dan selesa untuk hidup.

    (98 patah perkataan)

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email