Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Mei 09, 2016

Ulasan PT3 Latihan 02 - Hentikan Gejala Buli di Sekolah

Ulasan PT3 Latihan 02




Cadangan isi-isi
  • Kejadian buli dalam kalangan pelajar – menjadi semakin serius – perlu dibendung segera
  • Pelajar - mengelakkan diri daripada bersendirian – buka peluang/kesempatan untuk dibuli - pastikan sentiasa bersama kawan/berteman
  • Pelajar perlu dipupuk - menghormati rakan - kes buli tidak akan berlaku sekiranya pelajar saling menghormati antara satu sama lain
  • Sekolah merupakan tempat belajar - pihak sekolah perlu pastikan keadaan selamat untuk sesi pembelajaran yang kondusif
  • Pelajar yang dibuli perlu buat aduan kepada guru - guru perlu menerima aduan pelajar secara serius – mengenal pasti pelajar yang terlibat - kenakan tindakan disiplin.
  • Kerjasama antara pihak sekolah dan pelajar -  mengatasi gejala ini.

Dapatkan latihan ulasan yang lain di sini.

4 ulasan:

  1. Kenapa bagi point aja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu beri points sahaja supaya kalian boleh belajar huraikan isi mengikut perkataan dan ayat sendiri :)
      Selamat mencuba.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email