Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 18, 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Langkah-langkah untuk Memelihara dan Memulihara Bangunan atau Binaan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Bangunan/Binaan Bersejarah



Langkah-langkah untuk Memelihara dan Memulihara Bangunan atau Binaan Bersejarah

Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak demi memelihara dan memulihara sesebuah bangunan/binaan bersejarah. Antaranya:

  • memastikan bangunan/binaan bersejarah tidak dirosakkan - pihak yang bertanggungjawab terhadap bangunan perlu menjaga bangunan dengan baik dari pelbagai aspek - bangunan lebih tahan lama - tidak cepat rosak atau musnah
  • melancarkan kempen-kempen kesedaran - kepentingan menjaga bangunan/binaan bersejarah - menghargai nilai sejarah - masyarakat lebih sedar akan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga bangunan/binaan bersejarah
  • menganjurkan seminar atau bengkel untuk mendedahkan kepada pihak luar mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan/binaan bersejarah
  • tubuhkan kumpulan sukarela yang sudi menggalas tanggungjawab dalam memastikan bangunan/binaan bersejarah dijaga dengan baik
  • jadikan sebagai lokasi tarikan pelanconcongan
  • menggalakkan penglibatan agensi luar untuk memulihara bangunan lama
  • menjadikan bangunan/binaan sebagai muzium - buka kepada umum - adakan lawatan di sekitar bangunan/binaan supaya umum dapat lebih mengetahui tentang sejarah bangunan tersebut
  • menggunakan bangunan/binaan sebagai pejabat, mahkamah atau tempat belajar - bangunan tidak terbiar begitu sahaja - dapat tetap bawa manfaat

 Pilih isi-isi yang sesuai dan huraikan setiap isi dalam satu perenggan. Lebih elok jika dapat disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.

Dapatkan bahan lain untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 di sini.

3 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email