Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Jun 21, 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Sebab Bangunan/Binaan Bersejarah Dibina

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016  - Bangunan/Binaan Bersejarah


 Sebab Bangunan/Binaan Bersejarah Dibina

Untuk bahagian ini, pelajar perlu menghuraikan sebab-sebab bangunan/binaan bersejarah yang dikaji dibina. Huraikan dengan jelas apakah faktor yang mendorong ke arah pembinaan bangunan/binaan bersejarah berkenaan.
Contoh 1 - Istana Bandar (Aleddin), Selangor
  • merupakan istana kediaman Sultan Selangor
  • Tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor
  • Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun, sejak 1905 - banyak majlis keramaian dan majlis keagamaan diadakan di istana ini sepanjang tempoh tersebut
Contoh 2 - Kota A Famosa, Melaka
  • merupakan sebuah kubu yang berfungsi sebagai tembok pertahanan
  • dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511
  • Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka bagi menangkis serangan orang-orang  Melayu yang menentang mereka

Contoh 3 - Tugu Peringatan Negara (Tugu Negara), Kuala Lumpur

  • monumen awam yang disiapkan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).
  • diperbuat daripada gangsa, setiap patung tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.



Dapatkan bahan lain untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 di sini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email