Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 18, 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Struktur Bangunan/ Binaan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Bangunan/ Binaan Bersejarah


Struktur Bangunan/ Binaan Bersejarah

Untuk bahagian ini pelajar perlu mengkaji tentang struktur bangunan/binaan bersejarah:
  • bentuk dan rekaan
  • berapa tingkat, berapa bahagian 
  • bahagian bangunan/binaan yang  menarik
  • ciri-ciri unik bangunan/binaan

Setelah itu, huraikan dengan jelas dan baik.




Contoh 1 (Isi-isi ini perlu dihuraikan dan ditulis dalam ayat lengkap)

Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • sebuah istana yang diperbuat daripada kayu
  • mempunyai 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri
  • unik kerana pembinaan istana tidak menggunakan sebarang paku - guna pasak
  • atap istana berbentuk seperti tanduk kerbau - simbolik keamanan negeri

Contoh 2 (Isi-isi ini perlu dihuraikan dan ditulis dalam ayat lengkap)
Kota A Famosa, Melaka
  • merupakan sebuah kubu pertahanan
  • bahan untuk membina kubu diambil daripada runtuhan bangunan-bangunan lain
  • mempunyai empat menara (Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago) dengan tembok yang tebalnya hingga 4.5 meter



Jangan lupa untuk merujuk risalah, keratan akhbar dan bahan rujukan lain di internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur bangunan/binaan yang dikaji.

Dapatkan bahan lain untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 di sini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email