Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Jun 17, 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Bangunan/Binaan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016
Tempoh Kerja Kursus - 19 Jun - 1 Julai 2016


*Entri ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Soalan:
Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan atau binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Senarai Semak Tugasan (Perancangan)

Aspek-aspek Kajian yang Perlu Dilaksanakan:

(a)     Tajuk Kajian
 

(b)     Nama Penulis
 

(c)     Isi Kandungan:
  1. Pengenalan - menyentuh tentang latar belakang bangunan bersejarah atau binaan bersejarah.
  2. Menerangkan struktur bangunan bersejarah atau binaan bersejarah.
  3. Menghuraikan sebab bangunan bersejarah atau binaan bersejarah dibina.
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa sekarang.
  5. Menyarankan langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah atau binaan bersejarah.
(d)     Rumusan 

(e)     Sumber Rujukan



Bahan bacaan atau rujukan internet:

Pautan Laman Sesawang yang Boleh Dijadikan Rujukan


[Akan dikemas kini kemudian.]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email