Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Jun 17, 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 - Menetapkan Kaedah Kajian

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016  - Bangunan/Binaan Bersejarah
   
Kaedah Kajian

  • Membaca akhbar tempatan dan mencari keratan akhbar lama yang berkaitan dengan bangunan/binaan bersejarah yang dikaji - mendapatkan fakta-fakta yang sahih.
  • Merujuk buku teks atau buku rujukan - meningkatkan kefahaman tentang sejarah dan latar belakang bangunan/binaan yang dikaji
  • Membaca bahan ilmiah seperti artikel, rencana, majalah atau risalah yang mengupas lebih lanjut mengenai bangunan/binaan bersejarah yang dikaji
  • Melayari internet untuk melawat laman sesawang berkenaan bangunan/binaan bersejarah yang dikaji dan memuat turun bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan. (Untuk bahan rujukan internet boleh dapatkan di sini.)
  • Mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru Sejarah atau guru tuisyen.
 


Dapatkan bahan lain untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email