Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Jun 24, 2016

Latihan Soalan Peribahasa PT3 - Bahagian 13

Latihan Soalan Peribahasa PT3 - Bahagian 13


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Soalan 1
Jurulatih itu hanya memilih pemain yang disukainya untuk bermain dalam setiap perlawanan. ___(1)___. Tindakan jurulatih tersebut telah menyebabkan pemain-pemain tidak saling bekerjasama. ___(2)___.


Soalan 2
Rizal secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan ayahnya sehingga ayahnya merajuk. ___(3)___.
Untuk memujuk ayahnya, Rizal telah memasak masakan kegemaran ayah. ___(4)___.


Soalan 3
Pegawai bank itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menggelapkan wang pelanggan. ___(5)___.
Pegawai bank itu tidak jujur walaupun telah diamanahkan untuk menjaga maklumat kewangan pelanggan. ___(6)___.


Soalan 4
Pengalamannya yang tidak seberapa kerana baru sahaja  bekerja tidak melayakkan dia menjawat jawatan sebagai Ketua Pengurus. ___(7)___.
Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa kerana baginya jika hendak berjaya, dia perlu berusaha bersungguh-sungguh. ___(8)___.


Soalan 5
Rafiq menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih-sayang. ___(9)___.
Namun begitu, setelah mereka berjaya, mereka lupa akan pengorbanan ayah mereka. ___(10)___.



Semak jawapan dan dapatkan latihan peribahasa yang lain di sini.
Cuba latihan-latihan Set 1 di sini. Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email