Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Jun 24, 2016

Oren - Saifullizan Yahaya, Antologi Kuingin Berterima Kasih - Kupasan (Bahagian 2)

Sinopsis Oren di sini.
Kupasan Bahagian 1 di sini.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayah
  • Seorang ayah yang penyayang kepada Aku, Azura dan Anis.
  • Bekerja di pejabat.
  • Seorang yang mempunyai belas kasihan dan mudah bersimpati - Mengambil Oren setelah dia melanggar ibu Oren secara tidak sengaja dan membawa pulang Kelabu supaya dapat jadi teman bermain Oren.
  • Memahami kehendak anak-anak - Membawa pulang Oren untuk dijaga oleh mereka sekeluarga kerana anak-anaknya suka dan ingin membela kucing. 
  • Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
  • Menginsafi kesalahan diri - Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren. Ayah mula sedar yang dia telah mengabaikan Oren.
  • Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
  • Menangisi kematian Oren




Watak Sampingan

Oren
  • Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren.
  • Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya.
  • Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan.
  • Seekor kucing yang pembersih - tidak pernah membuang najis di dalam rumah.
  • Mempunyai perasaan cemburu dan iri hati. - menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu.


Kelabu
  • Salah seekor daripada kucing belaan ayah.
  • Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu.
  • Kurus dan tidak terurus sewaktu dipungut oleh ayah.
  • Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya.
  • Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya.
  • Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah.

Aku
  • Anak sulung ayah.
  • Mempunyai dua orang adik - Azura dan Anis.
  • Seorang anak yang memahami masalah yang dihadapi oleh ayah - tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentnag sikap pilih kasihnya terhadap Oren.
  • Seorang kakak yang sedia mendengar aduan si adik - Azura mengadu kepadanya bahawa Oren tidak pulang ke rumah kerana Kelabu.


LATAR

Latar Masa
i.     Kehilangan Oren selama empat hari
ii.    Sudah seminggu hujan turun
iii.   Setiap malam
iv.   Hujung pertengahan Disember
v.    Makan malam
vi.   Dua hari yang lalu


Latar Tempat/ Ruang
i.     Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya


Latar Masyarakat
i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii.    Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu


GAYA BAHASA
  • Hiperbola - mata ayah mulai berkaca.
  • Simile
seperti ada yang membersihkannya
tampak menarik seperti kucing Siam
  • Personifikasi
setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
  • Sinkof – tika (ketika)
  • Peribahasa - sikap pilih kasihnya


NILAI
i.     Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya
iv.   Belas kasihan - ayah mengambil Oren setelah dia melanggar ibu Oren secara tidak sengaja dan membawa pulang Kelabu supaya dapat jadi teman bermain Oren.
v.    Hormat-menghormati - Ibu dan anak-anak tidak mahu memberikan apa-apa pandangan tentnag kehilangan Oren kerana tidak mahu menambah rasa bersalah ayah.


PENGAJARAN
i.     Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.
ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,
iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
iv.    Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan bukan sahaja terhadap manusia, malah juga haiwan.
v.     Kita hendaklah menghormati perasaan orang lain dan tidak menambahkan beban perasaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email