Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Julai 29, 2016

Oral PT3 - Tips Persediaan

Oral PT3 - Tips Persediaan

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. Di bawah ini kami kongsi beberapa panduan mudah supaya para pelajar dapat menyiapkan diri dengan lebih sempurna untuk Ujian Lisan/Oral PT3.

Tips Persediaan - Sebelum Sesi Lisan/Oral
  • Buat persediaan untuk tajuk-tajuk yang dijangka keluar. Digalakkan bincang bersama kawan-kawan supaya anda tidak tertekan untuk menyediakan semua topik sekaligus. Boleh juga tanya pelajar senior mengenai pengalaman mereka membuat ujian lisan tahun-tahun terdahulu
  • Buat senarai tajuk yang diramalkan keluar - harus diingat, ini sekadar persediaan kita. Tajuk/topik/isu yang kita sediakan mungkin akan ditanya dan mungkin tidak sama sekali.
  • Mula cari isi-isi yang berkaitan dengan tajuk/topik/isu. Lakukan sesi brainstorming - latih diri untuk bersedia mengemukan isi-isi yang bernas apabila diajukan soalan kelak. Jika perlu, buat nota/catatan.
  • Sediakan isi-isi umum. Maksudnya di sini, isi-isi yang boleh diguna pakai untuk banyak tajuk/topik/isu.

Contoh/Example:

Camping 
Points to consider:
  • Do you like camping?
  • Why?
  • How often do you go camping?
  • Preparation to go camping?
  • Opinion on the matter - whether it is a good activity for you/family/friends

Always try your best to prepare one simple introduction, at least three points and one final conclusion. Semasa mengadakan sesi brainstrorming, biasakan diri untuk menyediakan satu pendahuluan ringkas, sekurang-kurangnya tiga poin/isi dan satu penutup.
  • Berlatih bertutur. Practice on your pronunciation. Baca petikan di akhbar, buku teks, buku rujukan, novel atau buku cerita. Jika tidak pasti dengan sebutan sesuatu perkataan, rujuk phonetics (jika anda menggunakan kamus biasa). Jika menggunakan applikasi kamus, cuba dengar dengan teliti cara sebutan perkataan tersebut. Selalunya aplikasi kamus disertakan dengan cara sebutan perkataan.
  • Berlatih bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anda dan mengatasi rasa gugup.
  • Kikis tabiat menggunakan 'vocalizer' seperti 'aaaa' 'ummmm' 'ohhhhh'. Dalam erti kata lain, jika anda kehilangan kata-kata, diam buat seketika, ambil nafas dan sambung semula. Tutur kata yang banyak 'vocalizer' seperti di atas akan menganggu pendengar. Malah menunjukkan yang anda kurang yakin dan tidak mempunyai idea untuk berbicara.
  • Bagi pelajar yang beragama Islam, amalkan membaca doa di bawah ini. Zikirkan berulang kali sementara menunggu giliran supaya pertututan lebih lancar.
 
Panduan di atas hanyalah panduan umum. Diharap dapat membantu kalian membuat persediaan yang sewajarnya. Jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan di ruangan komen. :)

2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email