Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Julai 22, 2016

Peribahasa UPSR - Latihan 5

Peribahasa UPSR - Latihan 5


Berikan simpulan bahasa yang sesuai untuk setiap huraian di bawah.

  1. tidak mahu mendengar kata
  2. tidak menyebelahi mana-mana pihak 
  3. tulisan buruk yang sukar dibaca
  4. kedekut
  5. tidak tahu membaca dan menulis
  6. bernasib baik
  7. tidur yang tidak begitu lena
  8. tidak pandai menyimpan rahsia
  9. orang yang suka dipuji
  10. tidak tahu untuk memilih yang mana satu
  11. cemburu
  12. membuat kerja dengan pantas dan cepat
  13. mengambil keuntungan yang terlalu banyak
  14. pertalian saudara yang jauh
  15. perkara yang menjadi bualan orang
  16. harga tetap, tidak boleh ditawar lagi
  17. makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
  18. tidak pandai bermain bola
  19. kecewa atau putus harapan
  20. rajin dan suka membaca buku

Dapatkan jawapan dan cuba latihan lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email