Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Julai 26, 2016

Peribahasa UPSR - Latihan 6

Peribahasa UPSR - Latihan 6

 Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
  1. Sikap majikan itu yang __________  telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerjanya.
  2. Pak Cik Ahmad telah  __________ untuk merawat penyakit ganjil yang dihidapi anaknya sejak setahun yang lalu.
  3. Abang  __________ ke luar negara apabila peminangannya ditolak oleh keluarga kekasih hati.
  4. Juliana membeli  __________ untuk ibu dan ayahnya ketika melancong ke Australia baru-baru ini.
  5. Puan Marlina mengadakan kenduri kesyukuran kerana dikurniakan seorang  __________ perempuan.
  6. Tulisan Zarul yang  __________ itu sukar untuk dibaca.
  7. Nenek saya masih  __________ dan tidak nyanyuk kendatipun umurnya sudah lebih daripada 70 tahun.
  8. Kedua-dua lelaki itu  __________ untuk menegakkan kebenaran pendapat masing-masing.
  9. Pengemis yang berpakaian compang-camping itu tidur di  __________ kedai dengan hanya beralaskan surat khabar.
  10. Setiap petang, Aria dan adiknya akan  __________ di tepi pantai itu sambil menghirup udara yang bersih.
  11. Hartawan yang  __________ itu tidak menghiraukan rayuan pengemis yang meminta sedekah daripadanya.
  12. Hazlina digelar  __________ oleh rakan-rakannya kerana dia asyik bercakap tanpa henti.


Dapatkan jawapan dan cuba latihan lain di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email