Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Julai 16, 2016

PT3 Geografi 2016 - Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan di Kawasan Kajian

PT3 Geografi 2016 - Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan di Kawasan Kajian

Pilih cadangan/isi yang bersesuaian dengan masalah pengangkutan yang telah dikupas sebelum ini. Boleh rujuk di sini.

Untuk masalah pencemaran udara
  • Menggalakkan penggunaan alat catalytic converter pada kenderaan - alat ini berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida  dan nitrogen oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen
  • Penggunaan petrol tanpa plumbum.
  • Penggunaan pengangkutan awam untuk mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Untuk masalah pencemaran bunyi
  • Membina tembok di kawasan perumahan yang dekat dengan jalan raya utama untuk mengurangkan bunyi bising.
  • Pembinaan lapangan terbang perlu dibuat jauh daripada kawasan perumahan.

Untuk masalah pencemaran air
  • Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar

Untuk masalah hakisan, gelongsoran tanah dan banjir
  • Meneres lereng-lereng bukit
  • Menanam rumput di cerun
  • Membina dinding penahan hakisan/tembok simen
  • Membina longkang

Untuk masalah kesesakan lalu lintas
  • Pengurusan trafik yang lebih berkesan supaya dapat membantu pengguna jalan raya.
  • Berkongsi kereta terutama sekali pada waktu puncak
  • Perkhidmatan pengangkutan awam perlu ditingkatkan - menjadi sistem pengangkutan awam yang cekap - mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. 
  • Penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih tegas.

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2016 yang lain di sini.

5 ulasan:

  1. sangat berguna untuk tugasan saya:)

    BalasPadam
  2. tq so much .sy sgt suka org mcm awk sbb x m'nyusahkn . I give you 10000000000000 stars

    BalasPadam
  3. terima kasih.......tetapi x ade cadangan yang lain ke....

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email