Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Julai 15, 2016

PT3 Geografi 2016 - Jenis - jenis Pengangkutan

PT3 Geografi 2016 - Jenis - jenis Pengangkutan


Apa itu pengangkutan? Lihat definisinya di sini.

Pengangkutan boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada cara bergerak, laluan yang digunakan, pemilikan, fungsi pengangkutan dan lain-lain.

Antara klasifikasi jenis pengangkutan yang biasa digunakan:

(i) Berdasarkan cara bergerak/laluan digunakan:
  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan air
  • Pengangkutan udara 


(ii) Untuk pengangkutan manusia:
  • Umum - juga dikenali sebagai pengangkutan awam (Lihat definisi 'pengangkutan awam' di sini.)
  • Sendiri - Pengangkutan milik peribadi

(iii) Pengangkutan kargo dan barang-barang


Apa yang perlu kalian lakukan ialah mengenal pasti apa jenis dan bentuk pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian. Untuk faham lebih lanjut mengenai jenis pengangkutan dan sistem pengangkutan, boleh cuba baca artikel di bawah.

Entri ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2016 yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email