Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Julai 16, 2016

PT3 Geografi 2016 - Masalah-masalah Pengangkutan yang Dihadapi di Kawasan Kajian

PT3 Geografi 2016 - Masalah-masalah Pengangkutan yang Dihadapi di Kawasan Kajian

Berikut merupakan beberapa masalah pengangkutan yang biasa dihadapi. Tidak semua kawasan kajian akan berdepan dengan masalah yang sama. Oleh itu, pelajar perlu mendapatkan maklumat (melalui borang kaji selidik yang diedarkan) yang tepat dan huraikan lebih lanjut mengenai masalah-masalah tersebut.


  • Pencemaran udara - bertambahnya bilangan penduduk - bertambah bilangan kenderaan di atas jalan raya - perlu pengangkutan untuk bergerak - pelepasan asap hasil pembakaran petroleum dan diesel - gas-gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan  mengakibatkan pencemaran udara - meningkatkan suhu atmosfera dan boleh menjejaskan kesihatan
           Kenderaan bermotor - hasilkan habuk terampai - penyumbang utama kepada fenomena jerebu.

  • Pencemaran bunyi - pertambahan kenderaan di satu satu kawasan terutamanya di bandar mengakibatkan bunyi bising - dihasilkan oleh enjin kenderaan - lagi-lagi kenderaan besar seperti bas dan lori - kawasan yang berhampiran dengan lapangan terbang turut mengalami pencemaran bunyi - setiap kali kapal terbang berlepas dan mendarat
           Kerja-kerja pembinaan infrastruktur pengangkutan - menghasilkan bunyi bising

  • Pencemaran Air - Pembinaan pelabuhan - kerja-kerja penambakan laut dilakukan - laut menjadi keruh dan berkelodak - Perkembangan perkhidmatan perkapalan tinggalkan kesan negatif - tumpahan minyak - pembuangan sisa dari kapal turut mencemarkan air laut - menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik
 
  • Masalah Pengangkutan Awam 
  1. tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan - jadual perjalanan yang tidak tepat, perkhidmatan yang tidak selesa
  2. tumpuan perkhidmatan tidak menyeluruh  -  darjah ketersampaian ke sesetengah destinasi amat rendah
  3. penipuan oleh pengendali perkhidmatan contohnya teksi, kereta sewa dan bas ekspres


  • Perubahan Landskap  - pembinaan sistem pengangkutan seperti pembinaan lebuh raya menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang - berlaku perubahan landskap fizikal sesuatu kawasan - habitat flora dan fauna juga musnah - diancam kepupusan
  • Masalah hakisan tanah - aktiviti memotong dan menarah bukit untuk membuat lebuh raya atau jalan raya boleh mengakibatkan kejadian hakisan cerun kerana cerun terbuka dan terdedah begitu sahaja
  • Gelongsoran tanah - turut boleh berlaku - apabila hujan lebat, air hujan melonggarkan struktur tanah dan mengakibatkan berlakunya gelongsoran tanah dan tanah runtuh.
  • Banjir - Larian air permukaan ketika hujan lebat- angkut tanih yang terhakis ke dalam sungai - dasar sungai jadi cetek dan menyebabkan banjir.
     
Masalah-masalah lain yang boleh dipertimbangkan:
  • Kesesakan lalu lintas.
  • Keadaan jalan yang teruk/rosak/berlubang/tidak berturap - boleh akibatkan kemalangan


Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2016 yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email