Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Ogos 28, 2016

Dalam Persekitaran Kata-kata, Antologi Baik Budi Indah Bahasa - Kupasan

Dalam Persekitaran Kata-kata
Baha Zain
Antologi Baik Budi, Indah Bahasa
Dapatkan Maksud Setiap Rangkap di sini.

TEMA
Bersyukur atas nikmat bahasa yang dikurniakan Tuhan kepada manusia/ Manusia dan alam ialah ciptaan Allah. Dalam memahami kejadian ciptaan Allah, manusia perlu mengejar ilmu. Dengan bahasa dan kebolehan berbahasa, manusia akan dapat menimba pengetahuan yang luas dan memahami makna kehidupan yang sebenar.

PERSOALAN
  1. Bahasa ialah anugerah penting daripada Tuhan kepada manusia.
  2. Sesuatu ilmu yang dipelajari bersesuaian mengikut tempat dan suasana.
  3. Bangsa Melayu pada masa lalu merupakan bangsa pelayar.
  4. Ilmu akan diperoleh dengan banyak membaca kitab-kitab.
  5. Kemampuan berbahasa dalam kalangan manusia.
  6. Bahasa merupakan wadah perbuhungan antara manusia.
  7. Kegigihan menguasai dan meningkatkan kemahiran bahasa.


GAYA BAHASA
  • Hiperbola - terbentang di semesta alam
  • Penggunaan bahasa Arab - istilah
  • Unsur/Imej alam - samudera; pulau-pulau; pantai-pantai; langit; bumi; laut; gunung; awan; pohon; buah-buahan
  •  Anafora -  dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman
  •  Responsi - dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman
  •  Perlambangan - Dia  (Tuhan), Engkau (Tuhan)
  •  Simile - bagaikan rasa hendak dicapai

NILAI
  • Kesedaran - manusia perlu menyedari fungsi bahasa dalam kehidupan.
  • Kebijaksaan - bijak menggunakakan bahasa untuk berkomunikasi dan menjalin hubungan sesama manusia
  • Kebanggaan - berasa bangga kerana bangsa Melayu berjaya menjadi pelayar yang hebat.
  • Keberanian - pelayar di lautan sungguh berani menghadapi cabaran.
  • Kerajinan - rajin membaca dan mengkaji kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah menyedari betapa pentingnya fungsi bahasa dalam kehidupan.
  2. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa.
  3. Kita mestilah bijak berbahasa dan menggunakan bahasa dengan baik dalam berinteraksi.
  4. Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
  5. Kita hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah.
  6. Kita mestilah mempelajari ilmu daripada kitab-kitab agama.
  7. Kita diseru supaya rajin berusaha untuk mendapatkan ilmu agar hidup kita menjadi lebih bermakna.

Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email